Saturday, May 8, 2010

Siri Pengiklanan Internet -Cost Per Mille

Cara Mengira CPM
================

CPM bermaksud cost-per-mille. Mille merupakan bahasa latin yang bermaksud per seribu (/1,000). Dalam kes ini kita berkata tentang 1,000 impression pada sesuatu laman web (atau pun dipanggil page views). Ia merupakan metrik yang kerap digunakan untuk laman web.Harganya bergantung kepada 1,000 impression.

Terdapat banyak faktor yang membezakan harga sesuatu iklan jika mengikut CPM.
Antaranya ialah saiz banner, di mana kedudukan banner diletakkan dan bermacam-macam lagi faktor.

Formula Asas: Sebagai contoh, anda ditawarakan oleh pihak pengiklan dengan harga RM10 CPM untuk banner 300×250 yang diletakkan di bahagian atas laman web. Jika anda meletakkan iklan tersebut dan ia menghasilkan 120,000 page views pada bulan itu, pihak pengiklan akan membayar kepada anda RM10 x 120,000/1,000

Berapa yang anda dapat = CPM x (Jumlah impression / 1,000)

Kita mesti bahagi jumlah impression dengan 1,000 kerana CPM meletakkan harga mengikut nilai 1,000 impression. Jadi, anda akan dapat sebanyak RM1,200.

Reverse Formula: Adalah baik untuk kita reverse formula di atas. Katakan anda menjual ruang iklan bagi banner 125×125 pada sidebar laman web anda dengan flat rate RM100 sebulan. Blog anda menjana 200,000 impression sebulan.

Kemudian pada satu hari, ada pelanggan yang berpotensi yang ingin mengiklankan produk mereka bertanya kepada anda berapa kos CPM anda untuk ruang iklan tersebut. Apa yang patut anda jawab?

CPM = Harga iklan flat rate sebulan / (Jumlah impression / 1,000)

Ianya sangat mudah. Anda hanya perlu ingat CPM bermaksud “cost-per-mille” (kos per 1,000), jadi anda perlu bahagikan kos flat rate tadi (RM100) dengan jumlah impression yang telah dibahagikan dengan 1,000 (200). Jadi, dalam kes ini anda perlu menjawab:

100 / (200,000 / 1,000) = RM0.50

Harga CPM anda adalah RM0.50.

No comments:

Post a Comment