Thursday, May 6, 2010

Tanggapan salah terhadap VeMMA

1. Vemma adalah skim cepat kaya? Vemma bukan skim cepat kaya. Tiada siapa yang akan cepat kaya jika menyertai Vemma TANPA usaha gigih dan sikap tidak berputus asa. Mereka yang sudah bergelar jutawan dengan menyertai Vemma tidak menggunakan jalan singkat untuk berjaya. Setiap hari mereka berusaha mempromosikan Vemma melalui pelbagai medium tanpa rasa jemu. Mereka juga sanggup mengeluarkan modal untuk memulakan perniagaan mereka. Selepas itu, baru mereka berjaya.
2. Anda duduk goyang kaki pun duit akan masuk. Kenyataan ini salah sama sekali. Perniagaan Vemma adalah sistem yang adil. Jika anda tidak bekerja (mendapatkan ahli berbayar baru), anda tidak akan dapat bonus. Jika anda duduk goyang kaki sahaja, duit tidak akan masuk. Adil bukan?
3. Kita sebagai downline hanya akan meng'kaya'kan upline sahaja. Upline hanya perlu tunggu kita bawa masuk ahli baru, mereka akan dapat ganjaran lebih dari kita. Hakikatnya, seperti yang saya kata tadi, sistem Vemma adalah adil. Ganjaran Vemma dibayar secara mingguan. Jadi, sekiranya anda (sebagai downline) memperoleh lebih banyak ahli berbayar (Paid Member) berbanding upline anda, anda akan memperoleh bayaran yang lebih dr upline anda.
4. Tidak perlu mengeluarkan wang untuk sertai Vemma. Vemma ini adalah perniagaan juga. Setiap perniagaan perlu ada modalnya, dan anda boleh pilih modal ini menerusi 4 pakej yang ditawarkan oleh Vemma.
5. Saya tiada kad kredit, tidak boleh sertai Vemma. Ini juga tidak benar. Anda boleh menggunakan kad debit untuk menyertai Vemma. Kad debit boleh didapati sejurus selepas anda memohon di Maybank dan Eonbank.
6. Perlu menjual produk seperti 'salesman'. Ini tidak benar. Sebaliknya, anda sebenarnya membeli produk Vemma, pada harga yang lebih murah dari harga pasaran! Jadi, apa yang anda perlu lakukan sebenarnya? Hanya promosikan Vemma kepada orang lain! Itu saja.

No comments:

Post a Comment