Thursday, May 6, 2010

Tips dan Panduan Berniaga

1. Jika mahu lebih berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin.

2. Persepsi orang cina pada perniagaan adalah positif. Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kemewahan, kesenangan dan kebahagiaan.

- “Ko Mamat bila dah keluar U, kena kerja kerajaan..hujung bulan ada jaminan dapat gaji.” - Pemikiran orang melayu lama.... See More

3. Keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya bukan untuk dibelanjakan tetapi digunakan untuk menambahkan modal pusingan dan pelaburan semula.

- “Alaa…dengan geng pun nak ambik untung. Jual dengan harga modal jer lah bro..”- member2 yang nak lihat gengnya gulung tikar cepat. :D

4. Orang cina yakin dengan perniagaan mereka, sentiasa konsisten untuk membangunkannya dan saling membantu antara satu sama lain.

- “Eh..jangan join syarikat ni. Ini syarikat Bumiputera. tak kukuh ni…esok lusa rebah la”.

5. Apabila orang cina kata hendak berniaga, mereka biasanya tidak berfikir panjang bagi melakukannya. Pengalaman dan kemahiran tidak penting kerana ia boleh dipelajari kemudian.

- “aku tak pandai la…aku tak de duit la… ko buat la dulu. Kalau ko berjaya nanti aku join la.” Bila lihat orang dah berjaya, “xpe la..dah rezeki engko..”

6. Kebanyakkan usahawan cina yang berjaya bekerja sekurang-kurangnya 18 jam sehari.

- Cukup la pergi kerja pukul 8am , balik kul 5…

7. Menjadi taukey dan memiliki perniagaan sendiri sentiasa menjadi idaman orang cina.

- “Cukup la jadi supervisor. Jadi manager kena pikir itu ini..pening..”

No comments:

Post a Comment