Cara Mengira Conversion Rate
============================
Conversion rate juga adalah penting dan perlu diambil peduli.Secara asas, ia memberitahu berapa peratus pelawat yang klik sesuatu iklan yang akhirnya mengambil tindakan (sama ada membeli produk atau pun mendaftar nama dan email mereka). Anda juga boleh mengenalpasti conversion rate untuk sesuatu landing page.
Formula Asas: Seperti biasa, mudah saja :)
Conversion rate = (Jumlah pelawat yang mengambil tindakan / Jumlah pelawat yang klik iklan anda) x 100
Sebagai contoh, anda beli 1,000 klik untuk Google Adwords. 35 orang yang mengambil tindakan membeli ebook anda. Jadi, conversion rate anda ialah 35 / 1,000 = 0.035. Setelah itu, darabkan jumlah tadi dengan 100 untuk mendapatkan nilai dalam bentuk peratus. Oleh itu, conversion rate anda ialah 3.5%.
Reverse Formula: Menterbalikkan formula ini amat berguna terutamanya bagi mereka yang menjual produk online atau pun untuk pasaran affiliate. Katakan anda jual ebook dengan harga RM17 dan anda gunakan Google Adwords untuk menarik trafik ke laman web anda. Berapa banyak yang anda perlu bayar untuk setiap klik sebenarnya?
Jawapannya adalah dalam bentuk “Nilai purata per pelawat”.
Nilai purata per pelawat = (Conversion rate / 100) x Harga produk anda
Jika conversion rate anda adalah 4%, nilai purata per pelawat anda adalah:
(4/100) x 17 = RM0.68
Jadi, jika anda boleh membayar kurang dari nilai tersebut, anda akan mendapat keuntungan.
Contohnya, jika anda berupaya untuk membeli 2,000 klik dengan nilai RM0.50, anda telah pun mengaut keuntungan sebanyak 2,000 x RM0.18 = RM360. RM0.18 adalah perbezaan di antara nilai purata per pelawat anda (RM0.68) dengan harga yang perlu anda bayar untuk mendapatkan pelawat ke laman web anda (RM0.50):
RM0.68 - RM0.50 = RM0.18
Cara lain untuk mengira keuntungan adalah dengan mencari jumlah keuntungan dan jumlah kos. Oleh kerana conversion rate anda adalah 4%, dalam 2,000 klik yang anda beli, 80 orang yang membeli ebook anda (4% / 100% x 2,000 klik = 80). Jadi, jumlah keuntungan anda adalah 80 x RM17 = RM1,360. Sekarang, jumlah kos adalah 2,000 klik x RM0.50 per klik = RM1,000.
Akhir sekali kita tolak jumlah keuntungan dengan jumlah kos iaitu RM1,360 - RM1,000 = RM360.
Untuk pengiraan conversion rate bagi produk anda sendiri adalah sama dengan pengiraan conversion rate bagi produk affiliate. Anda hanya perlu tukarkan harga produk dengan komisyen yang anda akan dapat untuk satu jualan.
Katakan satu affiliate mempunyai nilai conversion sebanyak 7%. Kos produk tersebut adalah RM39, dan komisyen anda adalah 20% dari nilai harga untuk satu jualan. Ini bermaksud anda akan mendapat sebanyak RM7.80 untuk satu jualan (RM39 x 2% / 100%).
Dengan nilai RM7.80 ini, anda akan dapat tahu berapa banyak yang anda perlu belanjakan untuk satu klik ke laman web anda. Anda hanya perlu darabkan nilai conversion anda dengan nilai komisyen yang anda dapat iaitu 7% / 100% x RM7.80 = RM0.54.
Oleh itu, selagi anda berupaya membawa pelawat dengan nilai kurang dari RM0.54, anda telah pun membuat keuntungan dalam kempen tersebut.
Sekian saja ulasan saya yang tidak seberapa ini. Di harap dapat membantu anda semua.
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment