Cara Mengira CPC
================
CPC bermaksud kos per klik. Ini merupakan salah satu jenis pengiklanan yang popular.
Goggle menggunakan konsep ini untuk Adsense dan Adwords mereka. Untuk CPC, pengiklan akan membayar mengikut jumlah klik yang mereka terima dari pihak publisher.
Harga CPC bergantung kepada beberapa faktor seperti keyword, niche, dan dari mana klik tersebut datang.
Formula Asas: Mengira berapa banyak yang anda akan dapat jika anda seorang publisher adalah mudah.
Berapa yang anda akan dapat = CPC x Jumlah klik
Jika purata CPC anda dapat adalah $0.09 dan anda mendapat 1,300 klik sebulan, anda akan mendapat sebanyak $0.09 x 1,300 iaitu $117.
Reverse Formula: Sebagai contoh, anda menyewa ruang iklan secara terus melalui laman web anda. 728×90 Leaderboard pada header anda letak harga sebanyak RM1,000 dan kebiasaannya banner tersebut mendapat 3,700 klik sebulan.
Kemudian pada satu hari, ada pelanggan yang berpotensi yang ingin mengiklankan produk mereka bertanya kepada anda berapa kos CPC anda untuk ruang iklan tersebut. Apa yang patut anda jawab?
Mudah saja.
CPC = Harga flat rate sebulan / Jumlah klik
Anda hanya perlu ingat CPC bermaksud “cost-per-click”, jadi anda perlu bahagikan kos flat rate tadi (RM1,000) dengan purata klik yang anda dapat (3,700). Jadi, dalam kes ini anda perlu menjawab:
RM1,000 / 3,700 = RM0.27
Harga CPC anda adalah RM0.27.
P/S: Cara pengiraan bagi lain-lain konsep pengiklanan seperti CPA (cost-per-action), CPL (cost-per-lead) dan CPS (cost-per-sale) adalah lebih kurang sama. Anda hanya perlu menggantikan jumlah klik dengan jumlah action, lead atau pun sale.
Wednesday, May 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment